Tinta
Buat Calon Suami dan Kesetiaan Seorang aku seorang Wanita....
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Entah angin apa yang membuai hari ini,
membuatku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak
pernah kukenali sebelumya.
Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk
memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apalagi meluahkan sesuatu yang hanya
kukhususkan buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut
sesuatu yang kujaga rapi selama ini semata-mata buatmu, itulah hati dan
cintaku, membuat aku tersadar dari lenaku yang panjang.
aku telah dididik Bundaku sejak kecil agar menjaga
maruah dan mahkota diriku karena Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari
nanti. Kata Beliau, tanggung jawab sebagai orang tua terhadap anak perempuan ialah menjaga
dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu
daripada mereka.
Jadi, sebenarnya jodohku di dalam diriku sejak dulu .
Sepanjang umurku ini, aku menutup pintu hatiku
untuk lelaki mana yang tidak nyata karena aku tidak mau membelakangimu. Aku menghalangi
diriku untuk tidak mengenali mereka karena aku tidak mau mengenali lelaki selain dirimu...
Karena itulah, aku sedaya kudrat yang lemah ini
membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’
kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang perempuan.
Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi
bagiku, lebih baik berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata.
Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan
kubuat expressionless face dan cool. Akan kupalingkan wajahku dari lelaki yang
ralit merenungku ataupun coba menegurku.
Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku
menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang.
Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku berasa terhina
diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka
hati.
Aku juga tidak mau menjadi puncak kejatuhan
seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang
tidak dapat kuberikan.
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan
lain, akulah yang terlebih dahulu perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki
kelemahan dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut Allah.
Andainya aku inginkan lelaki yang baik menjadi
suamiku aku juga perlu menjadi perempuan yang baik untuknya. Bukankah Allah
telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
aku berusaha tidak munafik, sebagai manusia aku memiliki
perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Setiap kali perasaan itu datang setiap
kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu
kerana ia semata-mata untukmu.
Diriku yang memang lemah ini diuji Allah
apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mau berkenalan denganku. Aku
secara keras menolak. Berbagai-bagai dalil kukemukakan, tetapi dia tidak mau
mengalah.
Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ
sebaliknya sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku rasa amat tidak
tenteram, seolah-olah seluruh kehidupanku yang ceria selama ini telah dirampas
dari diri ini.
Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing
kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia
melindungi diriku daripada sembarang kejahatan.
Kehadirannya membuatk aku banyak memikirkanmu.
Kurasakan seolah-olah dirimu wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal
sedarku membuat perhitungan denganmu. Kutahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu.
Malah aku yakin pada gerak hati, woman intuitionku yang mengatakan lelaki itu
bukan untukku.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam
memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih berlian sedangkan aku
hanyalah sebutir pasir yang bisa wujud di mana-mana. Namun, aku juga punya
keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli
syurga, memimpinku ke arah satu tujuan
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi
Yusuf A.S. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan
mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita
berpandangan. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan
ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasanmu itu padaku karena kau
masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan
yang telah ditetapkanNYA. Aku bimbang perlakuan itu akan memberi dampak yang
tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang
diinfak seluruhnya pada jalan mencari ridha Ilahi. Aku akan berasa amat bertuah
andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya
akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk
kau berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan
kemenangan atau syahid itu. Akan kukesat darah dari lukamu dengan tanganku
sendiri. Itu impianku.
Aku pasti berendam airmata darah andainya kau
menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang kumimpikan. Cukuplah kau
mencintai Allah dengan sepenuh hatimu.
Karena dengan mencintai Allah kau akan
mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga
cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia.
Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan orang tuaku.
Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku
sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agama.
Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di
bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.